Pelajar Maut Terkena Bilah Pisau Traktor Pemotong Rumput

*GEMAS:* Seorang pelajar perempuan maut, manakala dua lagi pelajarlelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padangSekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman,  Gemas di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Tampin Supritendan Hamazah Ab Razak berkata dalamkejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ditempat kejadian dikenali sebagai Nur Afini Roslan, 14, pelajar tingkatandua.

"Nur Afini maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesinrumput yang sedang  memesin rumput di padang sekolah itu. Manakala duayang cedera ialah Abdullah Hazlan, 14, pelajar tingkatan dua dan MohdFarhan Reza Badrol Hesam, 13, pelajar tingkatan satu.

"Abdullah cedera di bahagian telinga kanan, sementara Mohd Farhan Rezacedera di bahagian belakang kepala. Mereka yang cedera dihantar keKlinik Kesihatan Gemas untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedahsiasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

Hamazah berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa berada dipadang sekolah itu ketika  pemandu  traktor  berkenaan sedangmenjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah itu.-- Bernama

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~