Jangan Beli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya - JPJ

ISU kereta sambung bayar bukanlah satu perkara baharu. Setiap hari, ada saja kes penipuan yang melibatkan kereta sambung bayar berlaku.Sering menerima pertanyaan mengenai kereta sambung bayar. Rata-rata yang bertanya adakah berbaloi jika beli atau jual kereta sambung bayar. Bagaimana pula dengan risiko?Ya, membeli atau menjual kereta secara sambung bayar terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak diduga.

Kami menyiarkan 10 risiko yang bakal anda hadapi sekiranya membeli atau menjual kereta secara sambung bayar.Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai risiko kereta sambung bayar, kami menemubual Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ir. Mohamad Dalib (DIMD).

PL: Datuk, kenapa orang ramai suka beli atau jual kereta sambung bayar?DIMD: Kebiasaannya siapa yang akan beli kereta sambung bayar? Pertama, mereka yang tidak layak membuat pinjaman seperti nama telah disenarai hitam.Kedua, mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar deposit atau duit pendahuluan.Ketiga, dokumen yang dilampirkan untuk membuat permohonan pinjaman tidak cukup kuat seperti gaji asas rendah, terlalu banyak komitmen dan sebagainya.

PL: Apakah risiko yang mereka akan hadapi jika membeli atau menjual kereta secara sambung bayar?DIMD: Ya, membeli atau menjual kereta sambung bayar memang banyak risiko. Apa saja yang berlaku terhadap kereta itu menjadi tanggungjawab si pemilik. Contohnya berlaku kes jenayah atau disaman. Yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukannya mereka yang sambung bayar.Apa-apa saja aktiviti yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kenderaan.Pemilik juga harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang.Masalah yang paling banyak berlaku adalah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?

PL: Kebiasaannya sebelum membeli, kedua-dua pihak akan membuat surat perjanjian mengenai urusan jual beli. Adakah surat perjanjian ini sah?DIMD: Walaupun ada perjanjian antara anda dan pemilik kenderaan asal, adakah ia sah dari segi undang-undang? Ya, kedua-dua pihak boleh buat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping.Anda harus tahu, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semulaDalam undang-undang seksyen 10 jelas dan menyebut menyatakan apabila sesuatu kenderaan yang telah bertukar milik perlu lapor di mana-mana JPJ dalam tempoh 7 hari bekerja.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~