Masaalah kewangan universiti, 6,000 pensyarah diberhentikan
SEBELUM ini pernah didedahkan bagaimana Universiti Malaya terjejas teruk dilanda masaalah kewangan sampaikan kemudahan institut pengajian awam itu terabai, dan ada pensyarah yang disuruh berhenti akibat tindakan kerajaan Najib Razak memotong peruntukan penting untuk universiti awam.
Laporan terbaru Akhbar Berita Harian melaporkan perkara serupa di mana pemotongan bajet untuk universiti sebanyak 40 peratus telah menyebabkan hampir 6000 pensyarah diberhentikan.
Hampir 6,000 pensyarah itu termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan mereka sejak tahun lalu disebabkan universiti awam dihimpit masalah kekangan kewangan yang meruncing.
Kini dianggarkan hanya tinggal 29,000 pensyarah universiti awam berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.
Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata pengurangan bajet pada tahun lalu antara
30 hingga 40 peratus untuk setiap universiti awam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi memaksa pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah berkenaan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pensyarah yang diberhentikan sebelum kontraknya tamat.
"Pihak universiti tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara,"
Tawar gaji lebih rendah
"Ada universiti terpaksa membekukan pengambilan kakitangan pentadbiran untuk mengurangkan kos malah ada juga di universiti memutuskan untuk tidak memperbaharui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara,"
Jika mengambil kakitangan tambahan sekalipun ia mungkin membabitkan bidang kritikal sahaja, tetapi bukan jawatan tetap kalau sebelum ini pensyarah itu seorang profesor dengan gaji Jusa A mungkin gaji Jusa C yang jauh lebih rendah akan ditawarkan kepadanya.
Pelik tapi benar, semakin banyak cukai GST dikutip semakin negara kita tiada duit. Sampai universiti nak bayar gaji pensyarah pun tak mampu.
Belajar rajin-rajin sampai jadi profesor pun tak guna jika tak pandai mengundi memilih pemerintah negara. Akhirnya pemerintah korup yang dipilih akan mengakibatkan kau kena buang kerja sebab duit rakyat habis kena rembat sampai tak ada gaji nak bayar pensyarah