Korea Utara Ugut Israel Dengan Hukuman 'Tanpa Belas Kasihan, Beribu Kali Ganda'
3 Mei - Korea Utara mengugut Israel dengan 'hukuman tanpa belas kasihan, beribu kali ganda' dan melabelkan Israel sebagai satu-satunya 'pemilik haram' senjata nuklear di Timur Tengah.Kementarian Luar Pyongyang membuat kenyataan pada Sabtu mengecam Israel selepas menteri pertahanan Israel, Avigdor Liberman, menerusi satu temuramah di laman web Walla! memanggil pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebagai 'orang gila' yang bertanggungjawab dalam "kumpulan gila dan radikal" yang "menjejaskan kestabilan global.
"Liberman berkata Pyongyang 'dilihat sebagai sudah melangkah garisan merah apabila membuat ujian senjata nuklear baru-baru ini', lapor Walla!.Juga pada Sabtu, Korea Utara menjalankan satu ujian roket ballistik yang gagal.Menurut laporan, Korea Utara juga bersedia untuk menjalankan ujian nuklear ke enamnya.Dalam kenyataan mengecam Israel, Korea Utara menyifatkan Israel sebagai 'satu-satunya pemilik haram senjata nuklear di Timur Tengah, dibawah naungan A.S'
."Kenyataan melulu menteri pertahanan Israel adalah kelakuan yang kotor dan jahat dan satu cabaran serius kepada DPRK (Demokratik Rakyat Republik Korea, atau Korea Utara)," kata kenyataan Kementerian Luar Pyongyang."Ini adalah satu helah sinis untuk melarikan diri dari kecaman dunia dan kutukan sebagai pengacau keamanan di Timur Tengah, penghuni wilayah Arab dan juga pelaku jenayah terhadap kemanusiaan.
"Kenyataan itu turut mengancam Israel dan sesiapa sahaja yang "berani menyakiti maruah kepimpinan Tertingginya, akan menghadapi "hukuman tanpa belas kasihan, beribu kali ganda."
"Israel akan dinasihatkan untuk berfikir dua kali tentang akibat [daripada] kempen memburuk-burukkan DPRK," kata kenyataan itu.
Sumber: JTA
kredit : siakapkeli