Arab Saudi pilih Singapura, Malaysia Berputih Mata

JEDDAH, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) gagal dalam bidaan untuk mengendalikan lapangan terbang baharu paling sibuk di Arab Saudi – Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz – di Jeddah, sebaliknya Changi Airport Group dari Singapura memperoleh pengendalian bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Mengumumkannya, Menteri Pengangkutan Arab Saudi yang juga Presiden Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA), Sulaiman Al-Hamdan berkata, Changi Airport Group adalah rakan penting dan berharap ia akan mencapai matlamat yang dikehendaki.

Projek lapangan terbang baharu itu dilancarkan pada Januari 2011 dan kini sudah 88 peratus siap. Ia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini dan memulakan operasinya pada 2018, yang dijangkakan sebelum bermulanya musim haji.Peranan Changi Airport Group akan berkuat kuasa dalam tempoh empat minggu akan datang dengan operasi dan pengurusan serta strateginya diselaraskan dengan kerjasama kontraktor iaitu Saudi Binladin Group, bagi melakukan ujian dan pentauliahan.

Penilaian terhadap semua pekerja akan dilakukan, termasuk dari segi penambahan bilangan kakitangan berikutan saiz lapangan terbang itu yang luas.“Kami hanya menerima mereka yang berkelayakan untuk mengendalikan dan bertugas di lapangan terbang baharu itu,” kata Al-Hamdan.Lapangan Terbang King Abdulaziz adalah lapangan terbang paling sibuk di Arab Saudi dan mengendalikan 54,547 pesawat persendirian, domestik dan antarabangsa. – Agensi

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~