jika saya melepaskan JDT, saya masih DYAM Tunku Mahkota Johor
TEMUBUAL BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKENAAN ISU-ISU BOLA SEPAK, PENYOKONG DAN PANDANGAN BAGINDA.Wartawan: Ampun Tunku, pertama sekali terima kasih atas masa yang diberikan. Bagaimana keadaan sekarang? Adakah Tunku lebih sibuk pada masa kini terutamanya selepas menjadi Presiden FAM? Bagaimana perkembangan setakat ini?DYAM TMJ: Baik. Semuanya bergerak sepertimana yang dirancangkan. Untuk memastikan persatuan tersebut menjadi lebih profesional dan telus kepada penyokong. Kami juga sedang berusaha keras untuk memulihkan semula masalah kewangan yang mungkin melibatkan kos jutaan ringgit. Ini termasuk kes-kes mahkamah. Kami juga cuba untuk memperbaiki struktur supaya kami boleh meningkatkan nilai pertandingan domestik. Jadinya ya, setakat ini begitu baik. Kami juga sedang mencari jurulatih kebangsaan yang sesuai serta pengarah sukan dengan CV yang baik dan sudah tentu orang-orang yang berada dalam bajet kami.Wartawan: Wow! Sudah tentu Tunku semakin sibuk?DYAM TMJ: Ya tetapi semuanya bagus. Ini adalah kerja 'part time' saya... (ketawa). Saya hanyalah seorang insan yang sesetengah orang telah berkata membunuh bola sepak Malaysia tetapi pada masa yang sama orang yang dikatakan pembunuh bolasepak inilah telah menerima banyak pengiktirafan daripada orang-orang bijak dari seluruh dunia. Orang yang sama ini juga akhirnya menjadi presiden bola sepak Malaysia. Ini umpama sebuah cerita dongeng. Anda perlu menulis sebuah buku mengenainya.Wartawan: Ya Tunku, ia boleh dijadikan sebuah cerita. Jadi Tunku, bagaimana perasaan Tunku terhadap reaksi berbeza daripada penyokong bola sepak yang sangat mendesak dalam hal kejayaan, dan ada juga beberapa yang mempersoalkan cara Tunku melaksanakan tugas dan dalam masa yang sama, Tunku juga pemilik JDT?DYAM TMJ: Saya sudah cukup bersedia berkenaan isu-isu tersebut dan saya tahu bahawa menjadi pemilik JDT, ia pasti akan menjadi isu. Tetapi mereka tidak sedar hakikat bahawa walaupun jika saya melepaskan JDT, saya masih DYAM Tunku Mahkota Johor dan kasih sayang saya terhadap negeri dan rakyat saya tidak akan berubah. Tidak akan... tetapi ia tidak ada kena mengena dengan apa yang saya akan lakukan untuk bola sepak Malaysia. Saya dalam proses melaksanakan cara yang profesionalisme, menjadikan persatuan lebih dekat dan telus kepada penyokong, mendidik kelab berbelanja mengikut kemampuan mereka dan bekerja keras untuk mencari duit untuk persatuan bola sepak. Bukannya hanya bergantung kepada duit kerajaan. Duit kerajaan adalah hak milik rakyat.Wartawan: Jadi Tunku, bagaimana cara Tunku sebelum membuat sebarang keputusan?DYAM TMJ: Saya adalah jenis orang yang akan mengatakan **** **, ayuh kita lakukannya. Mentaliti rakyat di negara ini adalah sama dengan kucing yang mahu memburu ikan di dalam kolam, tetapi terlalu takut untuk membasahkan tangannya. Bagi saya, berhenti bercakap dan mula bekerja. Mudah. Lebih baik menyumbangkan sesuatu kepada bolasepak dari banyak bercakap.Wartawan: Adakah ia mengganggu Tunku apabila kadang-kadang orang mula berkata negatif tentang Tunku?TMJ: Berkata benda negatif tentang saya hanya akan menjadikan imej rakyat Malaysia lebih jahil kerana dunia luar melihat saya sebagai seorang yang boleh melaksanakan tugas. Ia tidak mengganggu saya kerana membuang rempah kepada nama saya hanya akan menjadikan ia lebih 'berperisa'. Kadang-kadang saya cuba sedaya upaya untuk memahami pandangan mereka yang berkata negatif terhadap saya, tetapi saya tidak boleh.Wartawan: Mengapa?DYAM TMJ: Ini kerana kepala mereka terlalu besar untuk dimuatkan di dalam 'punggung' mereka.Wartawan: Wow, perlukah saya 'off the record' ayat ini?DYAM TMJ: Tak perlu, anda tulis sahaja. Lupakan saya DYAM Tunku Mahkota Johor hari ini. Dalam temubual hari ini, saya hanya seorang presiden sesebuah persatuan.Wartawan: Baiklah, kami semua sedar bahawa ada beberapa perubahan positif dan potensi untuk bola sepak Malaysia serta kelab JDT juga telah meletakkan tanda aras. Apa pandangan Tunku mengenai itu?DYAM TMJ: Pertama, mereka melihat, kemudian mereka membenci, dan kemudian mereka meniru. Tahniah... sekurang-kurangnya ada sesuatu yang positif di sana.Wartawan: Adakah apa-apa lagi yang Tunku ingin katakan?DYAM TMJ: Kecemerlangan bukan suatu benda yang tidak sengaja. Ia adalah hasil daripada niat yang bersih, usaha yang ikhlas, hala tuju yang bijak, pelaksanaan kemahiran dan wawasan untuk melihat halangan sebagai peluang. Itu saya, itu cara Johor, dan itulah cara bagaimana saya melakukan sesuatu.Wartawan: Apa yang Tunku mahu diingati selepas ini sekiranya tidak lagi menjadi presiden?DYAM TMJ: Kepada 'keyboard warrior', pembenci, oportunis, ahli politik yang korup, dan beberapa orang yang selalu mengatakan bahawa segala-galanya adalah haram tetapi apabila mereka makan duit rakyat ia tidak dianggap haram, saya sentiasa mahu diingati sebagai pembunuh bola sepak Malaysia. Ini kerana di mata orang yang berjaya, pencipta sejarah, jutawan, bintang, jeneral sebenar, pemain bola sepak profesional, kelab, organisasi bola sepak, dan rakyat yang bijaksana di negara ini dan di seluruh dunia, saya akan sentiasa diingati sebagai "game changer" yang angkuh dan legenda.Wartawan: Haha. Baik Tunku. Terima kasih banyak untuk masa Tunku. Kami doakan segalanya berjaya buat Tunku.DYAM TMJ: Sama-sama.