TAN CHENG HOE MOHON MAAF!!!
Bekas pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe, melafazkan permohonan maaf kepada peminat skuad Lang Merah kerana meninggalkan pasukan pada pertengahan musim tetapi mempertahankan keputusannya untuk bersama skuad kebangsaan kerana menganggap peluang itu tidak selalu hadir.
"Buat setiap penyokong Kedah, saya memohon maaf kerana tidak lagi bersama pasukan.
"Setiap jurulatih memiliki hasrat mereka yang tersendiri dan saya berharap peminat terus memberikan sokongan buat Kedah sama ada menang atau kalah," kata Cheng Hoe.
Bukan sahaja terhadap penyokong tetapi beliau mengakui berasa sedih meninggalkan sebahagian besar pemain yang telah dibentuknya sejak tiga musim lalu.
Namun, mereka semua telah memberikan restu kepadanya untuk bersama skuad kebangsaan yang dianggap sebagai kemuncak karier seseorang jurulatih.
"Selepas perjumpaan bersama pemain-pemain mengenai hasrat saya, mereka memahami keputusan tersebut," tambahnya.
Dalam masa sama, Cheng Hoe secara jujurnya mengakui belum menerima sebarang arahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tugasnya selaku penolong jurulatihskuad kebangsaan.
Begitupun, beliau bersedia melakukan inisiatif sendiri dengan membuat tinjauan pemain pada baki saingan Liga Malaysia sebelum berehat pada 24 Mei depan.
"Masih belum menerima sebarang arahan daripada FAM, kami perlu membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi saingan kelayakan Piala Asia berdepan Korea Utara," katanya
sumber dari : http://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-malaysia/artikel/cheng-hoe-mohon-maaf/38447.