Panduan & Contoh Penulisan Impak / Refleksi dalam RPH
Panduan & Contoh Penulisan Impak / Refleksi dalam RPH
PENULISAN REFLEKSIApa itu refleksi ?Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.
- refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion )
- refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat.
- refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective ( emosional mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.
Mengapa perlu refleksi ?Refleksi membantu pelajar :
- Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.
- Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
- Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
- Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.
Bila perlu refleksi ?Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi dalam buku persediaan mengajar.
Contoh REFLEKSI
- Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........
- Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........
- Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
- Murid berjaya menguasai konsep ........
- Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
- Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
- Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
- Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
- Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
- Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
- Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
- Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.
- Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebih memahami .........
- Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
- Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasa pengajaran.
- Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
- Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
- Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
- Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
- Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .......
- Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung.
- Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.
- Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai.
- Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.
PENULISAN IMPAKPenulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:
"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."
"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan guru."
Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif.Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada kuantiti.Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap.