Hasil Kajian Mengenai Mi Segera Yang Mengejutkan! ,Dari Harvard

Berapa ramai di antara kita memilih untuk makan mi segera setiap hari dari menjamah nasi atau lain-lain makanan yang lebih berkhasiat? Selain dari mudah didapati dan sedap, mi segera juga adalah makanan pada waktu-waktu kecemasan saat seseorang itu sedang berjimat-cermat.

Gambar hiasan – Sumber: The Kitchen Snob

Pun begitu, ramai di antara kita juga tahu mi segera bukanlah makanan yang sihat. Mi segera yang juga disebut ramen ini merupakan mi kering yang telah dimasak terlebih dahulu dan dipaketkan bersama serbuk perisa dan minyak perasa. Ia juga sering 

dikritik sebagai sejenis makanan yang tidak mempunyai sebarang nutrien malah mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi.

Gambar hiasan – Sumber: WFTS 

Sungguhpun begitu, mi segera sangat terkenal di seluruh dunia. Menurut 

World Instant Noodles Association (WINA), sebanyak 52 buah negara memakan 97.7 bilion per hidangan mi segera pada tahun lepas. Statistik ini tertumpu kepada negara China dan Hong Kong yang mana kedua-duanya mengambil 40.43 bilion hidangan mi segera dan diikuti dengan Indonesia iaitu 13.20 bilion hidangan. Manakala 
Malaysia pula tidaklah jauh ke belakang dengan menduduki tangga ke-13 bersamaan 1.36 bilion per hidangan setahun.

Gambar hiasan – Sumber: BoxGreen

Sehingga kini, reputasinya sebagai makanan segera yang digemari ramai itu terus memburuk.

Melalui kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Nutrition oleh Universiti Baylor dan Harvard, mi segera boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok.

Ia dibuktikan dengan kajian yang dijalankan terhadap 11 ribu orang rakyat Korea Selatan berumur di antara 19 ke 64 tahun, yang mana didapati 

wanita Korea Selatan berisiko tinggi dalam menghidapi sindrom metabolik oleh kerana pengambilan mi segera berlebihan. Namun anehnya pula, sindrom tersebut tidak ditemui di kalangan peserta lelaki yang mana pengkaji mengandaikan ia disebabkan perbezaan biologi di antara dua jantina.

Gambar hiasan – Sumber: Jurnal Otaku

Sindrom metabolik amat merbahaya oleh kerana ia boleh membawa kepadameningkatnya kandungan gula dalam darah dan darah tinggi yang boleh menyebabkan diabetes, strok dan penyakit jantung.

Punca kepada semua penyakit ini disebabkan sejenis bahan yang ditemui di dalam mi segera iaitu ‘Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ)’ yang merupakan hasil sampingan dari industri petroleum yang digunakan untuk mengawet makanan segera yang murah

.

Menurut Hyun Shin dari Harvard School of Public Health,

“Walaupun mi segera sedap dan mudah untuk disediakan, ia juga amat berisiko dalam mengakibatkan sindrom metabolik oleh kerana makanan tersebut mengandungi kandungan garam yang tinggi, lemak tepu dan glisemik

.”

Manakala dalam satu kajian di India, Food Safety and Standards Authority of India (FSSAI) telah menjumpai plumbum pada mi segera jenama Maggi Nestlé yang melebihi tujuh kali dari amaun yang dibenarkan. Dengan itu, jenama Maggi telah diharamkan di India dengan alasan 

“ia tidak selamat dan bahaya untuk dimakan”.

Gambar hiasan – Sumber: Livemint

Tidak cukup dengan itu, Korea Food and Drug Administration (KFDA) juga telah menjumpai 

Benzopyrene, bahan yang mengakibatkan kanser dalam 6 jenama mi segera dari Nong Shim pada 2012 lalu. Penemuan demi penemuan ini telah membawa kepada larangan besar-besaran terhadap produk tersebut dan jenamanya diharamkan di beberapa buah negara.

Lepas baca artikel ni, rasa macam nak makan megi lagi tak? Kalau nak makan boleh, tapi berpada-pada ye!  

Untuk Makluman Lanjut, Ikuti HALAMAN KAMI:Lawak Gempar Seram( ’ - ’ )

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~