FAM bangkit dari 'tidur'

TEMPOH SEBULAN DYAM TMJ BEGITU SIBUK... KINI TIBA MASANYA UNTUK MEMBUAT BANYAK PELAKSANAANSudah lebih sebulan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ipahim, Tunku Mahkota Johor menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan baginda dilihat sebagai penyelamat bola sepak tanah air oleh ramai pemerhati. Ikuti lima perubahan setakat ini yang dikupas oleh penulis FourFourTwo, Vijhay Vick dalam ulasannya.1. FAM bangkit dari 'tidur' - perkara paling jelas adalah laman media sosial yang dilihat lebih interaktif berbanding sebelum. Pelbagai kemaskini seperti jadual perlawanan, keputusan malah isu-isu semasa turut mudah dibaca di laman media sosial FAM. Presiden juga dilihat lebih dekat dengan penyokong khususnya dalam sesi sidang media untuk menjawab kritikan serta soalan.2. FMLLP tiba-tiba sudah mempunyai 'taring' - sejak DYAM Tunku Mahkota Johor menjadi Presiden FAM, pelbagai isu telah diketengahkan oleh FMLLP seperti isu sikap pemain, pembayaran gaji malah juga pemotongan mata buat pasukan.3. Menangani masalah kelemahan pengadilan - pelbagai isu kelemahan pengadil membuat keputusan menyaksikan penggunaan Video Bantuan Pengadilan (VAR) akan dilaksanakan pada musim hadapan bagi menangani masalah kelemahan dalam sistem pengadilan.4. Bekerjasama erat dengan SPRM - Presiden FAM mahu masalah rasuah dan mengatur perlawanan dihapuskan dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.5. Pembersihan FAM - pengurangan tenaga kerja dilaksanakan menyaksikan lebih 20 kakitangan termasuk jurulatih Frank Bernhardt diberhentikan malah Datuk Ong Kim Swee ditukarkan menjadi jurulatih skuad kebangsaan B-22. 

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~