Polis boleh masuk sekolah tangkap pelajar terlibat jenayah

KUALA LUMPUR, 25 Rejab 1438H, Sabtu – Pihak polis diberi keizinan untuk masuk perkarangan sekolah bagi menangkap pelajar yang terlibat dalam kes jenayah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya sedia menjalinkan kerjasama dengan polis untuk membenarkan pihak berkuasa memasuki pekarangan sekolah.

Katanya, polis boleh melakukan siasatan dan tangkapan ke atas pelajar yang disyaki terlibat dengan jenayah termasuk kongsi gelap.

Jelas beliau, pihaknya yakin pengetua sekolah akan memberi kerjasama sebaik mungkin dalam perkara ini.

“Kementerian memberi kebenaran kepada pihak polis masuk menjalankan siasatan dan menangkap pelajar yang disyaki terlibat dengan kongsi gelap.

“Kita biarkan polis ambil tindakan sewajarnya setelah perkara ini dimaklumkan kepada pengetua sekolah berkenaan atau Pejabat Pendidikan Daerah, ” katanya.

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~