7 Kesalahan Peniaga Online Di Malaysia (FB Khususnya)

7 Kesalahan Peniaga Online Di Malaysia (FB Khususnya)

Pemasaran online bukan macam pertandingan lari pecut 100m. Sebaliknya ia lebih kepada larian marathon — steady 

dan konsisten. Tetapi ramai dari peniaga-peniaga online tidak menyedari hakikat ini. Sebab tu diorang selalu buat silap & melatah bila kempen tak jadi. Jom kita tengok kesalahan-kesalahan lain yang selalu peniaga online lakukan.

1.  Tidak konsisten menjalankan kempen iklan

Baru run iklan 1 hari dengan bajet RM10 tapi komen sikit dah down. Kalau dengan bajet RM10 & dah ada respon tu kira dah bagus. Teruskan dan jangan give up. Kemudian, 

up-kan budget iklan anda sikit-sikit.

2.  Hanya buat iklan pada musim gaji sahaja.

Jangan assume orang hanya spend bila musim dapat gaji sahaja. Tau tak masa musim dapat gaji lah jerung-jerung (pesaing yang besar-besar) ni akan naikkan 

budget mereka & kadang-kadang sampai ratus ribu. Time ni memang iklan-iklan di Facebook yang budget kecil akan tenggelam macam tu je.

3.  Tidak menyimpan database

Antara kelebihan menyimpan contacts 

pelanggan dengan tujuan membina database adalah untuk membuat pemasaran semula & berulang-kali kepada mereka. Satu lagi kelebihan bila ada database, kalau tiba-tiba Facebook tutup akaun atau page bisnes anda, takdelah anda hilang semua 
contacts macam tu je.

4.  Tidak buat follow up

Elakkan:

– 1st conversation tak beli lantak ko la, ko ingat aku hadap duit ko!– Dah beli, hrmm lantak ko la malas jual dengan ko lagi.

Lakukan:

– Tau tak kadang-kadang orang ni pelupa dan ada banyak kerja. so ingatkan diorang, jangan malas.– 

Once orang dah membeli dengan kita, then dapat barang trust dah terbina, boleh jual kepada dia berkali-kali.

follow-up

5.  Tidak menggunakan database yang dikumpul

Takde guna kalau simpan 

contacts banyak-banyak dalam file excel kalau tak pernah guna. Database takkan dikira sebagai database sampai anda guna contacts yang ada dalam database tersebut.

6. Bergantung kepada “teknik-teknik magic”

Percaya atau tak kalau saya cakap teknik-teknik magic untuk pemasaran media sosial takkan berguna selagi anda tak jaga benda-benda basic. So jangan buang duit kat macam-macam sifu kalau basic ads teknik pun tak lepas lagi.

7.   Tiada sales funnel

Lepas dah jual takkan nak buang duit banyak-banyak buat iklan memanjang. Kita kena ada plan untuk sales funnelSales funnel ni kita plan lepas dia beli produk ni dengan kita, ape lagi benda kita boleh jual pada dia.

Secara mudahnya macam ni.

Iklan > Prospek > Database > Pelanggan > Pelanggan Setia > Upsale > Repeat. kachingggg

sumber dari : http://safuanborhan.com/7-kesalahan-peniaga-online-di-malaysia-fb-khususnya/

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~