Benjy ditahan lagi, sorok dadah dalam dubur

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, selepas pasukan keselamatan berjaya mengeluarkan dua paket syabu dari duburnya itu.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disorok di dalam duburnya ditemui," kata ketua pengawasan dan pelayanan kastam lapangan terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah.

Menurut Zaky, Benjy tiba di lapangan terbang itu menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakannya.

April tahun lalu, Benjy dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~