Pengasas BERSATU umum keluar parti

Pengasas BERSATU umum keluar parti

19 APRIL 2017 - Kamarulazman Habibur Rahman juga umumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.

Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti.

Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi BERSATU turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.

"Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja bahagian BERSATU Teluk Kemang.

"Saya juga menolak tawaran sebagai pengerusi perhubungan BERSATU Negeri Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai setiausaha kerja BERSATU pusat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.

Menjelaskan keputusannya pada hari ini, Kamarulazman berkata, beliau kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong serta masalah dalaman yang melanda.

"Nak kata saya kecewa sebab tak dapat jawatan, saya ada banyak jawatan.

"Ketika diasaskan, ia bukan begitu. Sebab perjuangan dari awal adalah untuk tentukan Malaysia dalam landasan yang membawa ke arah kecemerlangan," katanya.Amal kronisme, 'kasta'

Malah, katanya, individu yang selama ini menjadi penggerak awal dalam parti dan berhabis tenaga serta wang ringgit diketepikan.

Malah, katanya, individu yang selama ini menjadi penggerak awal dalam parti dan berhabis tenaga serta wang ringgit diketepikan.

"Sedikit demi sedikit, elemen negatif mula menyerap masuk dalam BERSATU. Ramai ahli mempersoalkan orang yang buat onar dalam Umno lompat masuk BERSATU.

"Saya dapati sifat buruk mula dibenarkan masuk melalui pintu utama BERSATU.

"Saya mula sedar dalam BERSATU seperti ada perbezaan darjat dan kasta. Seseorang ahli akan tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

"Saya sangat kecewa, golongan yang benar buat kerja dilayan seperti kelas kedua. Belum pun kita bergerak jauh, kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam," katanya lagi.

Hidupkan semula GKCM

Sebelum BERSATU ditubuhkan, GKCM yang disertai anggota akar umbi Umno banyak terlibat menyemak dan menilai secara lantang pendekatan dan masalah kepimpinan parti itu.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai parti bebas, Kamarulazman hanya berkata:

"Tidak buat masa sekarang."

Ditanya sama ada pengikutnya akan turut serta keluar parti, bekas ketua Umno cawangan Teluk Kemang itu memberitahu, satu sidang media lain akan dilakukan bagi mengumumkan anggota BERSATU di Negeri Sembilan keluar parti.

"Kita akan buat sidang media lain. Di Teluk Kemang ada beberapa ratus yang akan ikut nak keluar parti.

"Setakat malam tadi, 821 orang merancang akan keluar parti. Ia dari seluruh negara tetapi kebanyakannya dari Negeri Sembilan," katanya lagi.

Sumber dari :MALAYSIA KINI

LINK : https://m.malaysiakini.com/news/379648#.WPbjUsVC-y8.whatsapp

kredit : Zulaikha Zulkifli

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~