LAwaK jeNaka (Mayat anjing bogel)

Kisah 3 Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”

Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”

Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”

Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”

Awek Bogel Naik Beca

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.

Anjing Kecil?

Zaman dulu di London, ketika zaman para tuan tanah (lord) memiliki anjing-anjing pemburu yang gagah, ada seorang lord yang memiliki anjing dengan tinggi cuma 30cm. Ketika dia berjalan-jalan, dia bertemu Sir Graham yang memiliki anjing buldog besar dan ganas.

“Hai, orang asing, ” kata Sir Graham, ” anjingmu kecil sekali!”

Orang itu menjawab, “Oya, baiklah, kalau anjingmu boleh mengalahkan anjingku ini dalam 15 saat, kau kuberi 1000 keping emas.”Dan mereka pun mengadu anjingnya.

Setelah 10 saat, darah berceceran di mana-mana. Si buldog hancur.

Dan orang itu menerima 1000 keping emas dari pemilik buldog.Setelah berjalan sebentar, ia bertemu Sir John yang memiliki anjing baka herder dan serigala. Kali ini pun ia mencabar anjing serigala itu dengan waktu 20 saat dan taruhan 5000 keping emas.

Anjing herder itu hancur dalam 15 saat. Ketika ia akan pergi, Sir John menyarankannya untuk menemui raja yang memiliki anjing terkuat di seantero kerajaan. Lalu orang asing itu pun menemui Raja dan mencabar anjing raja dengan taruhan 10000 keping emas.

Lagi-lagi anjing lawan dihancurkan. Terheran-heran, raja bertanya, “Hebat sekali, anjing apa ini dan bagaimana kau melatihnya?”Orang asing itu menjawab, “Oh, latihannya biasa-biasa saja, dan rasnya pun saya sendiri kurang jelas. Tapi kalau tidak salah, sebelum ekornya dipotong dan dibuang kuping-kupingan, namanya buaya.”

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~