Fitnah II:18 APRIL- Keterangan Saiful palsu, Anwar tuntut pembebasan segera

Fitnah II: Keterangan Saiful palsu, Anwar tuntut pembebasan segera

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah saksi yang tidak boleh dipercayai, dakwa Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ipahim. Menurutnya, Saiful telah memberi keterangan sumpah bohong dan telah digunakan oleh defenden iaitu pendakwaraya dari kerajaan Malaysia yang mewakilinya dengan niat untuk membawa kerosakan kepada beliau.

"Keterangan Saiful adalah palsu di dalam pengetahuan defendan iaitu bahawa sodomi yang dikatakan berlaku oleh Saiful tidak pernah berlaku atau secara alternatif tidak mungkin berlaku berdasarkan keterangan yang diberikan Saiful. "Defendan telah mereka palsu keterangannya dalam bentuk suatu sampel DNA yang digunakan untuk menyokong keterangan sumpah bohong Saiful tersebut," jelas Anwar dalam pernyataan tuntutannya.

Jelasnya lagi, disebabkan penipuan itu, keputusan oleh Mahkamah Rayuan mensabitkannya dan memerintahkan hukuman lima tahun penjara yang kemudian disahkan Mahkamah Persekutuan, adalah batal dan tidak sah. Pada 2008, Anwar dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur selepas Saiful menfitnah atas perbuatan tidak bermoral di sebuah kediaman di Bukit Damansara. Kes tersebut 4208 telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan dan Anwar didapati tidak bersalah.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan telah membuat rayuan dan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi serta mensabitkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar. Susulan itu, Ketua Umum KEADILAN itu, memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengtepikan sabitan kes Fitnah II, atas alasan saksi utama memberi keterngan yang tidak boleh dipercayai.

Bekas Ketua Pembangkang itu juga turut memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam melalui peguam N Surendran. Katanya, sabitan dan hukuman itu boleh diketepikan mengikut Seksyen 44 Akta Keterangan 1950. Beliau juga turut memohon sabitan dan hukuman lima tahun penjara itu diketepikan dan dirinya dibebaskan serta merta.

kredit :(Oleh Nadia Hanafi) / KeadilanDaily

sumber : KeadilanDaily

文章來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~