"Siti Nurhaliza berbahaya kepada Najib Razak" - MACHAI

SITI NURHALIZA MERBAHAYA KEPADA DATUK SERI NAJIB

Datuk Siti Nurhaliza

SILA LIHAT ENTRY TERKINI  Rocky's Bru nasihat TV 3, NST: DO NOT DEMONIZE DR M TO DEFEND NAJIB.

Datuk Ahirudin: Terima Kasih. Saudara nampak bahaya yang saya nampak,tapi jika nasihat tak dipakai,biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya- ZamSITI NURHALIZA........Sokongan penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kepada Tun Dr. Mahathir dengan katanya"Tun Tidak Keseorangan" yang tersebar luas dalam media sosial, tidak tersiar dalam mana akhbar-akhbar arus perdana Malaysia hari ini.

Saya telah membeli semua akhbar arus perdana pagi ini untuk melihat dugaan saya benar atau tidak. Ternyata benar!. Saya hanya agak terkejut apabila akhbar The Star dan Sinar Harian yang saya anggap sedikit bebas, juga tidak menyiarkannya.  

The Star hanya siarkan oneline tetapi inilah cara The Star menyampaikan berita-berita sensitif.

Saya juga mempersoalkan sikap akhbar Sinar Harian, tetapi fikiran saya maafkannya, kerana ia tidak juga mempromosikan sokongan kepada Najib seperti yang dilakukan oleh 

Utusan Malaysia semuka penuh yang tentunya tidak dibaca ramai kerana sama sahaja ceritanya.

Akhbar NST yang edarannya telah jatuh dengan teruk, menyiarkan berita sokongan dari orang sudah tidak ada kedudukan dalam parti. Masa saya jadi Pengarang Berita Utusan Malaysia dahulu, journalisme mengajar membakul sampahkan berita-berita orang yang tidak berauthoriti dalam parti kecuali Pengerusi atau Setiausaha, malah cakap ahli jawatankuasa sahaja pun tidak dipakai, tetapi barangkali nilai journalisme akhbar cetak juga telah berubah mengikut rentak media sosial.

Semalam NST menyiarkan sepucuk surat pembaca menuduh Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menekan seorang penyanyi dari Singapura kerana bertanya "Siapa Mahathir.”

Saya terlibat secara langsung dalam hal ini ketika menjadi pengarang di Utusan Malaysia. Pertanyaan penyanyi ini iaitu M. Nasir “Siapa Mahathir” menimbulkan kemarahan di seluruh negara seolah-olah memperkecilkan Mahathir yang ketika itu berada dipuncak kesayangan rakyat dan bukannya sokongan yang dipentaskan seperti kepada Najib sekarang.

Rozita Che Wan

Utusan telah menyiarkan reaksi kemarahan rakyat ini kerana mereka mengetahui M. Nasir rakyat Singapura dan masa itu rakyat Malaysia sedang marah pada Singapura dan Menteri Penerangan Mohd Rahmat terpaksa membendung kemarahan rakyat dengan menGgamkan M .Nasir buat sementara dari muncul di RTM.

Kalau “bahlol" dalam sejarah tak usah tulislah untuk menipu atau mengelirukan orang ramai . Hanya tambah menjatuhkan maruah NST yang menyiarkannya.

M. Nasir tidaklah merbahaya kepada Dr. Mahathir seperti apa yang sedang berlaku kepada Najib dengan sokongan ikhlas dan penuh berhemah dari Siti Nurhaliza dan juga pelakon jelita Rozita Che Wan kepada kepada Tun Dr. Mahathir. Jika tidak "Merbahaya” sokongan ini, masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini. Bodohkah semua Ketua Pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?

Bagaimanapun harus diingatkan berjuta orang telah membaca berita ini menerusi media social. Sokongan Siti Nurhaliza seorang sudah lebih dari cukup untuk menutop ribuan  sokongan kepada Najib dari seluruh bahagian UMNO,Pemuda UMNO, NGO dan lain-lain  sokongan yang dipentaskan.

Suara Siti Nurhaliza dicintai berjuta manusia dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit. Sokongan dalam pilihan raya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik.

Barangkali wajah artis-artis rakyat ini digeruni kerana suara dan wajah mereka berada di lubuk hati sanubari rakyat seperti lagu Singkong dan Keju yang meresap, membakar dan membangkitkan perasaan marah rakyat Indonesia kepada keluarga Presiden Soeharto sehingga membawa kepada kejatuhannya.

Inilah liriknya:

 SINGKONG & KEJU 

KAU BILANG CINTA PADAKU...AKU BILANG FIKIR DULU...SELERA KITA...TERLALU JAUH...BERBEDA...BAJU MU DARI PARIS...SEPATU MU DARI ITALY...KAU BILANG DEMI GENGSI...SEMUA SERBA...LUAR NEGERI...OHH MANA KAH MUNGKIN...KU IKUTI CARA MU...YANG PENUH HURA HURA...AKU SUKA JAIPONG...KAU SUKA DISKO...OHH OHH OHHH.....AKU SUKA SINGKONG...KAU SUKA KEJU...OHHH OHH OHHH....AKU DAMBAKAN...SEORANG GADIS...YANG SEDERHANA...AKU INI...HANYA...ANAK SINGKONG...AKU...HANYA...ANAK SINGKONG....PEMINAT TETAP HURUNG TUN MAHATGHIR( Pic dari

 Malaysiakini)

Walau mengadu “keseorangan” tanpa penyokong, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dihurung para peminat di Masjid Negara hari ini.Video yang dimuatkan seorang bekas wartawan, Firdaus Abdullah menunjukkan bekas PM itu 3e0a gembira dengan layanan sedemikian.Selain berjabat tangan, Mahathir turut memenuhi permintaan para peminatnya untuk bergambar- 

Malaysiakini.

文章來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~