Tahukah anda Top-10 melayu terkaya dari Bangsa Johor !

10 MELAYU PALING KAYA DI MALAYSIA, DUA DARIPADANYA ORANG KEDAH

BARU-BARU ini menurut Forbes dan Front Desk, mereka yang terkaya di Malaysia masih lagi dipegang oleh Tan Sri Robert Kuok yang juga terkenal dengan jolokan ‘Raja Gula Malaysia’.

Dari 10 individu berkenaan, 9 daripadanya adalah bukan berbangsa Melayu. Tren ini agaknya sudah lazim didengar dan diketahui oleh masyarakat negara kita setiap kali laporan mengenai senarai orang paling kaya di Malaysia keluar sabah tahun.

Namun, tiada lagi yang mengambil inisiatif menyenaraikan 10 orang Melayu paling kaya di Malaysia setakat ini.

Atas kesedaran ini, portal Tv14 telah bertindak mengumpul segala maklumat yang diperlukan untuk melihat sendiri siapakah 10 Melayu paling kaya berada di negara kita.

Paling Kaya Orang Kedah

Ternyata dapatan yang kami terima agak menarik apabila dua individu paling kaya di Malaysia merupakan anak jati negeri Kedah.

Mendahului sebagai orang Melayu paling kaya adalah tidak lain tidak bukan Syed Mokhtar AlBukhary yang memiliki aset kekayaan sebanyak USD$ 1.8 bilion. Anak kelahiran Alor Star, Kedah ini berumur 65 tahun dan memiliki pelbagai jenis perniagaan.

Berada di tangga kedua selaku orang Melayu paling kaya juga merupakan anak kelahiran negeri Kedah iaitu Syed Azman Syed Ipahim. Beliau memiliki perniagaan pengangkutan dan diusia 56 tahun telah mampu memiliki sebanyak USD$ 600 juta aset kekayaan.

 4 Teratas Dari Lembah Klang

Selain fakta menunjukkan bahawa orang Melayu Kedah paling kaya di Malaysia, juga menarik untuk diketahui adalah dari 10 orang tersebut, 4 daripadanya adalah berasal dari Lembah Klang, khususnya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Ahmayuddin Ahmad, seorang ahli perniagaan dalam bidang pelaburan mencatat kekayaan bernilai USD$ 570 juta, sekali gus melayakkan beliau berada di tangga ke tiga. Anak kelahiran Selangor ini secara keseluruhannya berada di tempat ke 27 sebagai individu terkaya di Malaysia.

Dengan memiliki aset kekayaan sebanyak USD$ 490 juta, Azman Hashim, 77 tahun menjadi orang Melayu keempat terkaya. Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Seterusnya, ditempat kelima pula adalah milik Shahril Shamsuddin yang berasal dari Bangi, Selangor. Memiliki kekayaan sebanyak USD$ 475 juta hasil dari perindustrian minyak.

Bagaimanapun, kekayaan Shahril ini adalah turut dikongsi bersama dengan individu Melayu keenam paling kaya iaitu Shahriman Shamsuddin.

Anak Mahathir

Antara individu paling kaya yang seringkali mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan orang politik adalah anak kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun seringkali bertindak mahu mensabotaj ekonomi negara hingga menganggap Malaysia bakal muflis di bawah kerajaan sedia ada, namun anaknya sendiri Mokhzani Mahathir terus konsisten mencatatkan kekayaan yang berlipat kali ganda melalui industri minyak dan gas.

Berusia 56 tahun, Mokhzani kini mencatat aset kekayaan sebanyak USD$ 420 juta hasil perkembangan aktiviti ekonomi yang pesat dan positif di negara kita, sekali gus menafikan tuduhan dangkal bapanya sendiri.

Sarawak, Perak, Johor

Satu-satunya orang Melayu dari Sibu, Sarawak yang berjaya berada di dalam 10 Melayu terkaya di Malaysia adalah Abdul Hamed Sepawi berusia 68 tahun. Beliau mencatat aset kekayaan sebanyak USD$ 255 juta dari hasil perlombongan.

Orang Perak juga bukan calang-calang. YAM Raja Eleena Sultan Azlan Shah menjadi satu-satunya tokoh wanita Melayu yang tersenarai dalam ini. Beliau yang merupakan pemilik Gamuda turut tersenarai sebagai individu ke 41 terkaya di Malaysia secara keseluruhannya.

Berasal dari Perak, Raja Eleena sememangnya amat membanggakan kaum wanita Melayu kerana mampu bersaing dengan pemain-pemain perniagaan yang lain.

Mengakhiri senarai 10 Melayu paling kaya di Malaysia adalah Bangsa Johor. Hamdan Mohamad, berusia 62 tahun juga merupakan individu ke 50 terkaya di Malaysia dengan aset kekayaan mencecah USD$ 145 juta.

Sebagai bangsa majoriti di negara ini, haruslah kita berasa berbangga dengan 10 individu tersebut yang berusaha mengambil peluang dari keharmonian dan perkembangan positif aktiviti perniagaan di negara kita.

Ini sekali gus menafikan cakap-cakap kosong sesetengah pihak yang menuduh bahawa tahap ekonomi Malaysia sudah berada di keadaan yang parah dan tidak selamat.

Kita berharap, untuk tahun 2017 sehingga menjelang Wawasan 2020 nanti, lebih ramai individu berbangsa Melayu akan berjaya dilahirkan sebagai mereka yang memiliki aset kekayaan beratus juta USD$. –Tv14

文章來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~