FAM INGATKAN PEMAIN SUPAYA JAGA TINGKAH LAKU DI DALAM & LUAR PADANG

Pihak FAM menerusi laman Facebook mereka telah mengeluarkan kenyataan mengingatkan para pemain untuk sentiasa menjaga tingkah laku.

Tingkah laku tersebut bukan sekadar di dalam padang malah diluar padang juga.

Duta pasukan

Menurut pihak FAM lagi, para pemain yang merupakan pemain yang diikat dengan kontrak profesional bukan sahaja pemain malah duta kepada pasukan.

Oleh itu mereka perlu mejaga imej diri sendiri, pasukan, dan juga liga.

Mereka juga terikat dengan peraturan dalam kontrak dan serta perlu menjaga etika yang sopan di media sosial yang sentiasa menjad perhatian para peminat.

Hormat semua pihak

Dalam masa yang sama, di pihak FMLLP juga turut mengingatkan para pemain untuk sentiasa menghormati semua pihak di dalam industri bola sepak negara.

Ia termasuk menghormati pemain lawan, para pegawai pertandingan, pengadil dan juga penyokong pasukan mahupun lawan.

Gambar: Kedah FA

Jika mereka mempunyai bantahan, ia haruslah dilakukan secara rasmi seperti menghantar surat rasmi atau laporan mahupun bantahan.

Pihak FMLLP turut mengingatkan pemain-pemain Liga Malaysia supaya menjaga etika dan tingkah laku masing-masing di dalam dan di luar padang bagi mengelakkan diri mereka dari terbabit dengan kontroversi yang seterusnya membawa mereka untuk diadili di Jawatankuasa Disiplin FAM.

Dari pihak FMLLP, mereka berpendapat tidak sepatutnya ada masalah mengenai etika di media sosial selepas mereka telah mengeluarkan etika di laman sosial pada 2016 bertujuan untuk memberi panduan agar pemain dapat berhubung rapat dengan penyokong.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~