LELAKI WARGA INDIA TAWAR KERETA SAPU DITAHAN
Lelaki warga India tawar kereta sapu ditahan
Menerusi Operasi Parasit (Ops Parasit) dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bermula jam 8 pagi itu, lelaki berusia 30-an berkenaan didapati cuba memujuk dua pelancong asing yang baru tiba di negara ini.
Sumber SPAD berkata, lelaki berkenaan menggunakan kereta jenis produa Myvi disyaki memujuk dengan menawarkan perkhidmatan kereta sapu terhadap dua orang lelaki Warga Sri Lanka di sekitar Balai Ketibaan, KLIA.
"Harga tambang yang ditawarkan adalah RM 100.00 bagi perjalanan ke Oakwood Hotel & Resident, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
"Ekoran itu, lelaki berkenaan ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada 18 April 2017 untuk didakwa manakala kenderaannya telah disita untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Tambah sumber berkenaan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 205 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 16 denda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua duanya seperti dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Jika memuaskan hati mahkamah, kenderaan yang berkaitan akan dilucuthakkan dibawah Seksyen 80(4) APAD 2010.
Sumber dari :sinar online