SETIAUSAHA AGUNG AFC: "TMJ INDIVIDU PENUH OPTIMIS....

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John memberikan kenyataan yang Presiden FAM ketika ini adalah seorang yang cukup optimis dalam membantu bola sepak negara.

Bagi John, beliau merasakan Presiden FAM yang kini mampu membawa sinar baharu kepada bola sepak negara yang selama ini berada pada tahap yang tidak baik.

Bercakap kepada ESPN, John merasakan Presiden FAM merupakan seorang yang cukup optimis terutamanya dalam misi ke Piala Dunia 2026.

Terdahulu, Presiden FAM mengatakan sasaran untuk layak ke Piala Dunia 2026 adalah satu sasaran yang realisitik yang boleh dicapai Harimau Malaya.

Namun ia hadir dengan syarat yang kita perlu berkerja keras ke arah itu bermula sekarang.

“Kita tak boleh salahkan Presiden FAM kerana letak sasaran tinggi terhadap bola sepak negara.”

“Jika Malaysia sasarkan untuk ke Piala Dunia dan gagal, sasaran itu jatuh kepada Piala Asia pula.”

“Saya gemar akan sikap optimisnya, semangat dalam membawa bola sepak negara maju.”

Tunku Ismail, Tunku Mahota Johor menjawab soalan penyokong.

Sedia bantu

Melihat kepada prestasi bola sepak Asia Tenggara dan juga penambahan slot Piala Asia dan juga Piala Dunia, John yakin akan ada wakil dari Asia Tenggara sekurang-kurangnya di Piala Asia.

Untuk rekod, Thailand sudah sahkan tempat di Piala Asia sementara Singapura, Malaysia, Vietnam. Filipina dan juga Myanmar berada dalam misi untuk sertai Thailand.

John turut berkata pihak AFC turut bersedia membantu bola sepak negara memandangkan ibu pejabat AFC terletak di Kuala Lumpur.

“AFC bersedia untuk membantu bola sepak Malaysia dalam apa cara yang kami mampu.”

“Kami berpengakalan di Kuala Lumpur, dan Presiden FAM boleh cadangkan apa yang beliau mahu lakukan dan kami akan bantu sebaik saja kami berjumpa secara rasmi.”

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~