TMJ TEMPELAK BEKAS CEO PAHANG, CERMIN DIRI SENDIRI SEBELUM KELUAR KENYATAAN

Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai bekas CEO pasukan Pahang iaitu Fahrizal Hasan diatas kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Menerusi laman JOHOR Southern Tigers (JST), TMJ mengingatkan agar Fahrizal “cermin diri sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan.”

Hal ini kerana terdapat tweet yang dikeluarkan Fahrizal yang mengatakan Timbalan Presiden FAM iaitu Datuk Wira Yusoff Mahadi yang dikatakan “terlalu sibuk membodek Presiden FAM “sehingga membiarkan pasukannya dibelasah teruk dalam saingan liga.

Dalam tweet tersebut Fahrizal menulis, “sibuk bodek sampai kena belasah.”

‘Belasah’ yang dimaksudkan adalah kekalahan Melaka United ditangan JDT sebanyak 7-0.

TMJ mengingatkan Fahrizal yang kekalahan terburuk dihadapi Pahang sewaktu tumbang 6-0 di laman sendiri musim lalu adalah ketika beliau menjadi CEO kepada pasukan tersebut.

Kekalahan tersebut adalah kekalahan paling buruk di laman sendiri dalam sejarah bola sepak Pahang.

Terima kasih TMP

Dalam masa yang sama, TMJ juga berterima kasih kepada Tengku Muda Pahang (TMP) kerana telah berjaya menyelamatkan maruah bola sepak Pahang dengan mengubah wajah bola sepak Pahang pada musim ini.

Musim ini, Pahang telah kembali bersaing sebagai salah sebuah calon juara untuk Liga Super berbanding pada musim lalu yang dimana Pahang bergelut dengan potensi tersingkir ke Liga Perdana.

Bagi TMJ, Liga Malaysia memerlukan pasukan-pasukan seperti Kedah, Selangor, Pahang dan FELDA United untuk terus menghidupkan suasana bola sepak negara.

Di akhir kenyataan, TMJ sempat ‘mengusik’ bekas CEO Pahang tersebut.

“Oh ya sebelum saya terlupa, dulu awak kalah polo dengan saya 11-0. Tengah membodek ke waktu tu?”

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~