Teknik memancing sebarau (umpan hanyut)

sekadar gambar hiasan

Sebarau merupakan sejenis ikan pemangsa air tawar yang bersisik di peraian Malaysia. Ia merupakan pemangsa yang agresif dan sangat gemar bermain di kawasan yang berarus. Lincah, cergas dan agresif ketika memburu anak-anak ikan atau udang kecil.

Kepalanya seakan-akan kelah tetapi badannya lebih leper dan mempunyai ekor merah berbentuk “V” dan berbingkai hitam, di badannya terdapat satu belang hitam seakan-akan tali pinggang hitam taekwando. Untuk memancing ikan ini, kesabaran dan skill yang betul di perlukan untuk mendaratkannya. Ini kerana sifat ikan ini yang lebih suka berada di kawasan air berarus dan sangat sensitif dengan kehadiran manusia.

Boleh juga memancing menggunakan cara biasa dengan menggunakan batu ladung tetapi ia bukanlah cara terbaik untuk memancing sebarau ini.Terdapat 2 cara terbaik untuk memancing sebarau iaitu dengan menggunakan gewang (casting) atau dengan mengggunakan umpan hidup. Namun penggunaan umpan hidup adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Dalam penggunaan umpan hidup untuk memancing sebarau ini, teknik umpan hanyut lebih berkesan kerana ia membuatkan umpan Nampak seperti anak ikan yang bebas dan semulajadi. Untuk memancing umpan hanyut, batu ladung tidak boleh digunakan kerana ia akan membuatkan umpan tenggelam di dasar sungai. Sebaiknya tali utama dihubungkan dengan Chili yang bersaiz kecil dan perambut yang halus dengan panjang lebih kurang sehasta.

Gunakan mata kail yang lebih kecil untuk tidak membebankan umpan dan seterusnya menyebabkan umpan mati. Mata kail pula sebaiknya dicangkuk di bahagian mulut umpan (anak ikan) untuk membuatkan umpan berenang secara normal, jika mata kail dicangkuk di bahagian atas ikan, ini akan membuatkan ikan berenang secara melintang bila terkena arus, ini akan mencacatkan umpan dan sekaligus akan membuatkan si sebarau merasa curiga dan tidak membaham umpan.

Sumber dari : ketutu blog

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~