Rosmah beli kasut, baju, dan brg kemas berjumlah RM26 juta
Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.
Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh
WSJ."Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya.
Pilihan Editor
Rio Fermoso: Kenapa saya sahaja yang tahu?
"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.
Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.
Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.
Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.
Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.
Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.
SPRM perlu siasat
Laporan terbaru itu juga memaparkan biografi Rosmah mengenai sumber dananya untuk membeli-belah.
"Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa yang salah?" petik Rosmah dalam biografi itu.
Menurut WSJ, Najib tidak dapat 4118 dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor bagi mendapatkan ulasannya mengenai laporan itu dan sedang menunggu jawapannya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata Rosmah perlu tampil membersihkan namanya - sama ada dengan menyaman WSJ, atau melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Beliau berkata ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad mesti menunaikan ikrarnya untuk menyiasat setiap kes rasuah secara amanah, tegas dan adil.
“Wang 1MDB adalah harta rakyat dan SPRM hendaklah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara mengatasi kepentingan mana-mana individu yang berkuasa.
“Peguam Negara perlu mengarahkan skandal 1MDB ini disiasat semula secara bebas dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.