Latihan Susun Perkataan BM Tahap 1 & Tips Menjawabnya
Latihan Susun Perkataan BM Tahap 1 & Tips Menjawabnya
A) Tips Menjawab soalan susun perkataan
Untuk menguasai soalan ini pelajar mestilah :
1. Mengetahui banyak makna perkataan. Inilah kunci untuk menjawab soalan susun perkataan.
2. Sekiranya terdapat kata kerja, letakkan kata kerja tersebut di awal ayat. Kemudian cari pelaku/ orang yang
melakukan kata kerja tersebut . Contoh :
1 | 2 |
pelajar itu( Pelaku ) | mengulang kaji ( kata kerja ) |
3. Sekiranya terdapat objek / benda yang kena buat, letakkan pada susunan yang ketiga iaitu selepas kata kerja dan pelaku. Contohnya,
1 | 2 | 3 |
pelajar itu( Pelaku ) | mengulang kaji ( kata kerja ) | pelajaran( objek ) |
4. Sekiranya terdapat masa/ waktu . maka letakkannya di akhir ayat. Contohnya,
1 | 2 | 3 | 4 |
pelajar itu( Pelaku ) | mengulang kaji ( kata kerja ) | pelajaran( objek ) | pada waktu petang |
Itulah serba sedikit tips-tips untuk menyusun ayat. Diulangi sekali lagi bahawa untuk menguasai soalan ini anda mesti tahu makna-makna perkataan dalam soalan tersebut. Oleh itu, hafal dan ingat perkataan sebanyak mungkin.
B) Lembaran Kerja menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.
Sila klik SINI untuk download full version