LEBIH 40 RIBU AHLI UMNO DI SABAH TELAH KELUAR MENYERTAI PARTI WARISAN SABAH
KOTA KINABALU:- Ekoran penubuhan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Semporna yang juga mantan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Hj Apdal ramai di kalangan ahli-ahli di beberapa bahagian di Sabah akan keluar beramai-ramai untuk menyertai parti baru itu.
4013 Antaranya ahli –ahli UMNO yang dijangka keluar seramai 3,000 ialah ahli UMNO Bahagian Papar- 3,000 Keningau 2,500 Bahagian Balung, 4,000 Bahagian Kudat 3,100 Bahagian Lahad Datu 3,000 Bahagian Semporna, 2,800 Bahagian Merutai 3,217 Bahagian Silam dan 4,000 Bahagian Penampang.Kata jurucap itu mereka yang keluar untuk meninggalkan parti UMNO buat selama-lamanya kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Pusat dan juga negeri.Terutama sekali sebahagian ahli-ahli UMNO yang bakal keluar itu tidak rasa senang hati terhadap kumpulan Militant Geng Baju Merah yang diketuai Oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar yang juga selaku Ketua Samseng Jalanan Jamal Yunos di mana kumpulan Baju Merah yang sering buat kakau bilau dan hura hara dalam Negara telah mendapat sokongan moral oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO. Walaupun Geng Militant Baju Merah anti bangsa Cina dan India.“Yang kedua kami tidak senang terhadap perilaku Datuk Salleh Said Keruak yang suka cakap besar mendabik dada dan berniat jahan ingin merobohkan menara berkembar Petronas iaitu meninggalan warisan Tun Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri” kata jurucakap itu lagi.Seramai lebih 40,000 ahli UMNO yang bakal keluar parti itu akan menyertai serta-merta parti Warisan Sabah pada masa terdekat ini kemasukan beramai-ramai ini akan diadakan di Kota Kinabalu.Selain itu tambah jurucakap ahli-ahli parti komponen BN daripada PBS-PBRS dan UPKO juga akan menyusul kemudian keluar dari parti masing-masing mereka tidak mahu bergambung dengan UMNO di Sabah.