Mutu pengadilan bola sepak bertaraf alam semesta punca Kedah tewas

Kedah Merudum Kerana DiCemburui dan IRIHATI

KEDAH & PEMAIN IMPORTPasukan KEDAH adalah sebuah pasukan yang digeruni sejak lewat tahun 1980-an apatah lagi pada tahun 2007 & 2008.Terdapat banyak faktor mendorong ke arah kejayaan ini dan salah satunya ialah pemain import. FAM terpaksa mengharamkan pemain import pada tahun 2009 kerana pemain import pasukan KEDAH pada tahun 2007 & 2008 adalah terlalu hebat!Alasannya adalah kerana Ranking Pasukan Negara jatuh! Walhal pasukan KEDAH dan PERAK telah layak ke Suku Akhir AFC Cup pada tahun itu. Keputusan pengharaman pemain import pada waktu itu jua adalah serta merta. Tidak masuk akal.Akibatnya, pasukan Kedah tewas dengan aggregate 1-7 di tangan kelab dari Bahrain, Al-Muharraq manakala pasukan Perak dimalukan 0-7 oleh kelab dari Lebanon iaitu SAFA.Pada AFC 2009, tanpa pemain import pasukan KEDAH masih berjaya melangkah ke pusingan kedua namun dimalukan 2-8 oleh kelab Vietnam, Bin Duong manakala wakil Malaysia satu lagi iaitu Johor FC atau kini dikenali sebagai 

Johor Darul Takzim FC - Harimau Selatan sekarang ini hanya sekadar menghuni tempat terakhir dalam kumpulan pada ketika itu dengan berbekalkan 1 mata sahaja.Di mana rasionalnya pengharaman pemain import pada ketika itu? Dua tahun berselang FAM sendiri pun mengaku pengharaman tersebut hanya memperlihatkan langkah kebelakang bola sepak tanahair kita dan menarik balik pengharaman tersebut.Setakat AFC Cup 2014 edisi ke-11 ini, hanya pasukan Kelantan yang berjaya ke peringkat Suku Akhir dalam kejohanan ini setelah menewaskan Terengganu di Pusingan Kedua selepas pasukan KEDAH dan PERAK kali terakhir melakukannnya bersama-sama pada tahun 2008.Diharap, pada tahun mendatang wakil kita iaitu JDT dan Pahang mampu langkah lebih jauh dalam kejohanan peringkat antarabangsa ini.

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~