Punca Hubungan Najib dan Zahid Renggang
ZAHID KETEPIKAN NAJIB?
Ketika Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing secara serta merta di Sarawak pagi tadi, ia sebenarnya dilakukan hampir serentak dengan waktu ketibaan pulang Najib Razak daripada lawatannya ke Amerika Syarikat sejak seminggu lalu sedangkan Perdana Menteri sudah mengumumkan mahu berbincang terlebih dahulu dengan timbalannya berkaitan isu itu sejurus pulang ke tanahair.
Memetik laporan Berita Harian, Najib berkata akan mengadakan perbincangan dengan Zahid berhubung cadangan kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sekembalinya ke dalam negara nanti.
Beri peluang saya berbincang dengan Ahmad Zahid sejurus pulang, kata Najib di akhir lawatannya di California, semalam.
Tetapi dengan Zahid mengumumkan penangguhan tersebut hampir serentak dengan waktu ketibaan Najib di KLIA, adakah keputusan itu dibuatnya sendiri tanpa menunggu perbincangan yang dikehendaki oleh Najib itu?
Kenapa Zahid begitu tergesa-gesa membuat pengumuman sedangkan "bossnya" sudah menyatakan mahu berbincang terlebih dahulu?
Mungkinkah ini yang membuatkan Najib terus bergegas ke pejabatnya sebaik tiba daripada KLIA dan tidak terus pulang ke kediamannya sepertimana biasa?
Pusingan U, Malaysia Tangguh Pengambilan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh
Haireez Azeem Azizi2016-02-19
3fff
Seorang rakyat Bangladesh yang diselamatkan dari sebuah bot penyeludupan manusia sedang menemani rakannya yang sedang mendapat rawatan di Kuala Langsa, Indonesia,17 Mei 2015.
Malaysia hari ini mengumumkan penangguhan bagi pengambilan semua pekerja asing dari negara luar termasuk 1.5 juta orang dari Bangladesh, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam satu pengumuman mengejut.Pengumuman tersebut dibuat tidak sampai 24 jam selepas satu perjanjian persefahaman (MoU) tandatangani di antara kedua buah negara di Dhaka, Bangladesh, pada Khamis.
Beliau berkata, keputusan kerajaan itu akan berkuatkuasa serta merta sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.“Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melakukan penanguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber, termasuk Bangladesh… dan menyeru semua majikan mengambil pekerja tempatan sebagai pekerja mereka,” kata Ahmad Zahid di majlis ramah mesra bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak pada Jumaat.Katanya, penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan kerajaan mengkaji semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.
“Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan tenaga asing dari negara sumber yang sedia ada,” tambah beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.Antara negara sumber yang menyediakan pekerja bagi Malaysia ialah Indonesia, Thailand, India, Kemboja, Pakistan, Sri Lanka dan Vietnam selain daripada Bangladesh.Semalam, kerajaan Malaysia dan Bangladesh menandatangani satu MoU untuk menerima 1.5 juta pekerja Bangladesh di bawah mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G-to-G Plus) secara berperingkat bagi tempoh tiga tahun di Dhaka.
Perjanjian itu ditandatangani antara Menteri Sumber Manusia Richard Riot Jaem yang mewakili kerajaan Malaysia dan Menteri Ekspatriat, Kebajikan dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Nurul Islam di Pejabat Ekspatriat Kebajikan negara itu.Perjanjian itu membolehkan pekerja Bangladesh diambil untuk bekerja dalam empat sektor di Malaysia, iaitu pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan perladangan dengan pembayaran gaji minima RM800 (AS$200) hingga RM900 (AS$225) sebulan.
‘Pusingan U’Keputusan ‘pusingan U’ yang diambil kerajaan itu adalah selepas mendapat desakan tanpa henti dari badan bukan kerajaan, tenaga buruh dan rakyat tempatan, yang ramai diantaranya melahirkan kekecewaan menerusi sosial media kerana bimbang kemasukan secara besar-besaran pekerja asing itu, boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah termasuk keselamatan.Selain pengumuman penangguhan itu, Ahmad Zahid juga memaklumkan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada pekerja asing baru dibawa masuk ke dalam negara.
"Pekerja asing yang tidak ada dokumen atau tinggal lebih dari tempoh dibenarkan, akan ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal," katanya seperti dilaporkan agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada Jumaat.Dalam pada itu, Bernama turut melaporkan Richard Riot sebagai berkata, tanggapan bahawa 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini adalah tidak benar.Richard berkata MoU yang ditandatanganinya semalam di Dhaka, Bangladesh langsung tidak menetapkan sebarang angka pekerja yang akan dibawa masuk.“Angka 1.5 juta itu adalah jumlah pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Seberang Laut negara itu untuk mendapatkan pekerjaan di 139 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya dalam laporan itu.
‘Tiada makluman rasmi’Sementara itu, di Dhaka, Setiausaha kanan Kementerian Ekspatriat, Kebajikan dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Jabeh Ahmed memberitahu BeritaBenar, "Kami hanya mengetahui tentang pembekuan pengambilan pekerja Bangladesh melalui media. Jika kerajaan Malaysia tidak memberitahu secara rasmi, maka perjanjian [yang ditanda tangani] itu masih dianggap sah".
Pengerusi Yayasan Pembangunan WARBE, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib pekerja Bangladesh di luar negara Saiful Haque memberitahu BeritaBenar, "Apa yang Malaysia telah dilakukan adalah di luar norma diplomatik dan kesusilaan; seorang menteri datang dan menandatangani MoU manakala menteri lain mengisytiharkan pembekuan perjanjian itu dalam masa kurang daripada 24 jam,"Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N Gopal Krishnam mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat latar belakang pekerja asing yang telah dibawa masuk ke dalam negara sambil mengalu-alukan keputusan kerajaan itu.
“Kita sudah membawa masuk lebih kurang 10 juta pekerja asing dan daripada jumlah tersebut, lebih kurang lima juta telah menjadi pekerja asing tanpa izin (PATI). Inilah sebabnya mengapa kongres menggesa kerajaan melakukan siasatan yang lebih lanjut mengenai isu itu,” kata beliau ketika dihubungi BeritaBenar pada Jumaat.Tambah beliau lagi, lebih daripada 30 ribu pekerja tempatan sudah kehilangan pekerjaan mereka dan kini merupakan peluang baik bagi mereka untuk mengambilalih kuota jawatan yang disediakan kepada pekerja asing itu.
“Dengan pergerakan ekonomi yang perlahan sekarang, ini adalah peluang untuk pekerja tempatan di negara kita mendapat peluang pekerjaan yang lebih banyak, namun itu bergantung juga kepada majikan,” tambah beliau.'Kerajaan perlu telus'Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tenaganita Women’s Force Glorene A. Das pula berkata, kerajaan perlu mengesahkan PATI yang sedia ada di Malaysia, dan bukannya membawa masuk ramai lagi pekerja baru.
"Mengapa ada keperluan untuk pengambilan baru jika berjuta pendatang dan pelarian sudah sedia ada bekerja di negara ini?" persoal wanita itu kepada BeritaBenar.Glorene turut meminta Ahmad Zahid yang juga selaku Ketua Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing menangani pelbagai perkara mengenai pekerja asing secara terbuka, bertanggungjawab dan telus.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pertubuhan berkenaan merasa amat lega dengan pengumuman terbaru Timbalan Perdana Menteri itu.
“Kerajaan juga harus membubarkan program pemutihan PATI kerana rakyat Malaysia sudah tidak tahan dengan lambakan pendatang tanpa izin di Malaysia…“Sebelum ini program pemutihan PATI pernah gagal dan program seperti ini tidak relevan, sebaliknya hantar saja mereka pulang ke negara masing-masing,” tegas Mohd Ridzuan ketika dihubungi BeritaBenar.