TEORI R.A.H.M.A.N : MERAMAL SIAPA PERDANA MENTERI SELEPAS DS NAJIB
TEORI R.A.H.M.A.N : MERAMAL SIAPA PERDANA MENTERI SELEPAS DS NAJIB
March 7, 2016 By Mohamad hafiz 5 Comments
Apa itu teori RAHMAN? Bagi saya yang membesar di era 90-an dan awal 2000-an, teori ini sangat terkenal. Satu teori yang sangat viral pada waktu itu.
Ini bukan teori sains, matematik, geografi ataupun fizik. Ini hanyalah satu teori konspirasi yang penuh dengan unsur kebetulan.
Saya ingin jelaskan bahawa ramalan ini tiada kaitan dengan unsur sihir, syirik, khurafat,dan segala jin jembalang.
Tulisan ini juga tiada kaitan dengan filem Munafik yang sedang meletup di pawagam masa ini.
Sekalipun saya sendiri tidak tahu dari mana asal usul teori ini, tidak salah untuk kita meraikan sesuatu yang pendapat, selagi ia tidak bertentangan dengan agama…betul tak?
Pada ketika saya menulis artikel ini, buat pertama kalinya Tun Dr.M bersama pemimpin Umno ,Pembangkang dan NGO bersatu dalam menandatangani satu deklarasi untuk mendesak DS Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
TEORI APAKAH INI?
Teori ini meramal siapa bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini. Jangan ada pula salah sangka mengatakan ini satu hasutan untuk menjatuhkan PM.
Mari kita menjadi pembaca yang bijak. Dalam santai, 3ffc kita berfikir. Cuba hayati setiap mesej yang cuba saya sampaikan.
Mengikut teori ini, terdapat 6 Perdana Menteri mengikut huruf hadapan RAHMAN.
Berikut adalah teorinya.
R – Tuanku Abdul Rahman
A – Tun Abdul Razak
H – Tun Hussein Onn
M – Tun Mahathir
A – Tun Abdullah Ahmad Badawi
N – Datuk Seri Najib
Teori ini berakhir dengan huruf N iaitu Najib. Maka, sekiranya teori kebetulan ini betul, siapakah pula PM Malaysia selepas DS Najib?
Timbalan PM yang sekarang pun belum tentu menjadi PM sekiranya kita melihat kepada sejarah PM Malaysia sebelum ini.
Sekiranya teori RAHMAN ini benar, apakah pula teori selepas ini juga akronim huruf seperti RAHMAN?
Yang pasti akan ada pengganti kepada PM kita selepas ini. Bila? Wallahualam.
Sekalipun ini hanyalah satu teori, namun ia sebenarnya membuka mata kita betapa perlunya kita belajar daipada sejarah.
Malaysia dianugerahkan dengan 6 orang pemimpin sepanjang menjadi negara yang merdeka. Setiap diantara mereka mempunyai karakter kepimpinan tersendiri.
Teori RAHMAN ini seharusnya dijadikan sebagai pengukur dan rujukan tentang sejauh mana kita belajar daripada sejarah.
Bila faham sejarah, maka mudah untuk kita mengenal siapa kita.
JIKA TEORI RAHMAN MASIH KEKAL?
Mari kita anggap teori RAHMAN ini masih kekal dalam meramal siapa bakal PM Malaysia selepas ini.
Dalam huruf-huruf yang terdapat pada RAHMAN, terdapat tokoh-tokoh yang ada potensi untuk memenuhi kriteria teori ini.
Tanpa mengikut susunan, berikut nama-nama yang ada kemungkinan mengena dengan teori ajaib ini.
A – ANWAR IBRAHIM, AZMIN ALI
R – RAZALEIGH HAMZAH, RAFIZI
H – HISHAMUDDIN HUSSEIN, HADI AWANG
M –MUHYDDIN YASSIN, MUKHRIZ MAHATHIR
A – AHMAD ZAHID HAMIDI
N – NURUL IZZAH ANWAR
Secara kebetulannya, nama-nama ini masih berada dalam dunia politik tanah air.
Kalau diikutkan kebetulan, huruf R ialah paling senior iaitu Razaleigh Hamzah manakala N pula paling junior iaitu Nurul Izzah.
Kebetulan juga, Ahmad Zahid Hamidi merupakan orang paling kanan selepas PM Najib ketika ini. Diikuti Hishamuddin. Kedua-dua tokoh ini adalah antara 2 pemimpin senior dalam kerajaan sekarang.
Mungkinkah berlaku kejutan politik dimana otai lama Razaleigh Hamzah menyelamatkan kekalutan politik dalam UMNO.
Atau mungkin Muhyddin akan melonjak kembali dalam arena politik.
Bagaimana pula dengan Mukhriz? Pemimpin yang kecundang ditangan ‘rakan’ parti sendiri. Beliau antara tokoh yang mempunyai pengaruh dalam politik tanah air. Faktor anak kepada Dr.M antara faktor utama beliau masih ada kemungkinan bakal menjadi PM.
Atau..sekiranya UMNO kecundang atau ditolak rakyat, Parti PAS dilihat mempunyai kuasa sokongan melayu yang tinggi dikalangan parti pembangkang.
PAS mungkin tidak mampu berdiri sendiri tanpa rakan dalam Pakatan. Tapi PAS dilihat sebagai pilihan alternatif orang Melayu sekiranya UMNO sudah ditolak rakyat.
Maka Ini memungkinkan juga Tuan Guru Hadi Awang menjadi PM.
Atau mungkin munculnya kembali tokoh politik pembangkang paling digeruni iaitu Anwar Ipahim. Sekiranya bukan Anwar, tokoh paling hampir dengan beliau pastinya Azmin Ali.
Sekiranya keadaan itu berlaku, maka masa depan politik 2 tokoh pemimpin muda dalam PKR iaitu Rafizi dan Nurul Izzah juga makin menyinar dalam menjadi pelapis kepimpinan negara.
Inilah ramalan saya berdasarkan teori RAHMAN. Bagaimana pula sekiranya teori ini tidak seperti yang diramal. Saya yakin akan muncul lagi tokoh-tokoh yang juga akan mengubah landskap politik tanah air.
Salah seorang tokoh politik yang sekarang ini agak
low profle dalam isu-isu politik semasa tetapi sangat berpotensi menjadi PM ialah YB KJ.Dengan keadaan suasana politik yang semakin bercelaru, Segala mungkin boleh berlaku.
KESIMPULAN
Sekali lagi saya jelaskan ini hanyalah sekadar sebuah teori konspirasi. Saya tidak menyuruh anda untuk manjadi seperti Nujum Pak Belalang.
Ramalan mungkin hanyalah sekadar ramalan. Kebetulan mungkin sekadar kebetulan.
Jangan kita lupa bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah SWT. Sebab itu umat Islam mesti beriman kepada Qada dan Qadar.
Pegang bahawa semua peristiwa yang berlaku adalah dengan izin-Nya.
Maka kesimpulannya kepada artikel ini ialah, sesiapa pun kita, samada penganggur, nelayan, pekebun, atau CEO syarikat, jangan lupa bahawa tanggungjawab memilih pemimpin itu adalah amanah kita.
Memilih pemimpin bukan hanya kita mahu tetapi apa yang agama mahu.
Kita tidak disuruh untuk duduk di depan handphone atau laptop hanya untuk membaca ramalan.
Kita tidak disuruh untuk berarak melakukan rusuhan untuk memporak perandakan negara.
Kita tidak wajar menuduh membabi buta tanpa usul periksa. Namun, dalam zaman yang penuh bertebaran dengan fitnah, kita sebenarnya dikelirukan antara yang hak dan batil. Antara yang benar dan salah. Antara yang patut dan tidak patut. Antara yang penting dan tidak penting.
Inilah yang dikatakan sebagai Fitnah Dajjal. Dajjal sedang menjalankan tugasnya untuk mengelirukan umat manusia khususnya rakyat Malaysia yang bertuah ini.
Mungkin ada yang mengerut kening mengapa dan apa kaitan dajjal dalam teori ini. Benarkah dajjal sudah ada? bukankah dajjal hanya akan muncul pada sebelum hari kiamat.?
Bukan ada yang masih tidak perasan dan tidak faham. Maka, wajarnya kita kembali kepada tali yang menghubungkan kita dengan Sang Pencipta.
Nabi menyuruh kita untuk membaca dan mengamal surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat bersebabkan satu tujuan utama.
Untuk melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
Wallahualam.