HISHAM SEDANG DISEDIAKAN LALUAN, ZAHID MAKIN TERKUIS KE TEPIAN
HISHAM SEDANG DISEDIAKAN LALUAN, ZAHID MAKIN TERKUIS KE TEPIAN
Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengumumkan perlantikan sepupunya, Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam masa yang sama, Hishammuddin akan terus kekal sebagai Menteri Pertahanan.
Kata Najib, perlantikan itu akan membolehkan sepupunya, Hishammuddin itu menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.
Tugas apa yang menanti Hishammuddin di Jabatan Perdana Menteri itu?
Apa kemahiran dan kelayakan khusus Hishammuddin yang membuatkan beliau perlu sangat diberi peranan tambahan di Jabatan Perdana Menteri itu?
Selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri sekarang in sudah pun mempunyai sembilan menteri iaitu Jamil Khir Baharom, Shahidan Kassim, Azalina Othman Said, Abdul Rahman Dahlan, Joseph Kurup, Joseph Entulu, Nancy Shukri, Paul Low dan Wee Ka Siong.
Dengan perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khasnya, kepadatan jumlah menteri di Jabatan Perdan Menteri meningkat kepada 10 orang.
Dicampur dengan Najib dan Zahid Hamidi, jumlahnya kini menjadi 12 orang.
Woww...meriahnya sehingga boleh ditubuhkan pasukan bolasepak yang pemainnya semua menteri-menteri belaka!!
Apa pun pertimbangan Najib meletakkan sepupunya dengan peranan baru itu, bursa perbualan politik di seluruh negara jelas melihat ia sebagai 3ffa persediaan dan laluan untuk beliau diberikan jawatan Perdana Menteri dalam waktu yang terdekat ini.
Hakikatnya, tiada keistimewaan langsung untuk Hishammuddin diberikan peranan tambahan itu, selain untuk memberinya laluan mengambil alih tempat Najib.
Jika lulusan guamannya diambil kira, Jabatan Perdana Menteri sudah pun ada Azalina dengan kelulusan yang sama. Kalau dari segi populariti pula, Hishammuddin hanya di tangga ketiga dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu di belakang Zahid Hamidi dan Shafie Apdal, bahkan undi popular Mukhriz Mahathir di tempat keempat lebih tinggi daripadanya.
Dirasakan cukup yakin bantuan Pas akan membolehkan BN terus berkuasa, Najib dipercayai akan mengundurkan diri selepas PRU 13 untuk meredakan ketegangan yang mungkin terus berpanjangan selepas pilihanraya nanti di mana selepas itu Hishammuddin yang dijadikan Perdana Menteri akan berperanan memastikan abang sepupunya itu dapat bersara dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.
Ia sekaligus mengesahkan bahawa Najib tidak mempercayai, jauh sekali meyakini Zahid Hamidi untuk mengambil alih tempatnya dan dengan perlantilkan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas yang mungkin disertai dengan beberapa tugas penting selepas ini, peranan Timbalan Perdana Menteri akan perlahan-lahan dikuis ke tepi.
Tidak mustahil dalam pilihanraya akan datang pun, Hishammuddin akan diberi lebih peranan berbanding Zahid Hamidi bagi memperlihatkan prestasi awal kemampuannya sebagai calon pangganti.
Nampaknya Zahid kini bakal menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang perjalanan politiknya terkandas di pertengahan di tengah jalan dengan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian.
(ShahbudinHusin 12/04/2017).