Ahli Parlimen BN baru tersedar GST bebankan rakyat

SEORANG Ahli Parlimen Barisan Nasional, Jumat Idris bagaikan baru tersentak daripada tidur selepas menyedari bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST memang membebankan rakyat.

Itu pun selepas beliau sendiri terpaksa membayar dua kali cukai GST untuk khidmat nasihat dan perubatan ketika menghantar anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan saraf dan tulang belakang.Dalam tulisannya di facebook, beliau mendakwa terpaksa membayar RM5,000 dalam sehari untuk cukai GST tidak termasuk bil-bil yang lain.

Ahli Parlimen Barisan Nasional, BN yang menerima gaji RM16,000 sebulan pun rasa terbeban dengan cukai GST. Namun machai penyokong Barang Naik, yang gaji tak sampai RM2,000 sebulan sanggup bermati-matian sokong cukai GST.Gara-gara 46% machai menggunakan tangan-tangan mereka untuk mengundi parti Barang Naik, BN pada pilihanraya Umum ke 13 tempoh hari, kita semua ditindas oleh cukai Rakus GST!Pemimpin zalim dan bodoh hasil dari tangan-tangan yang bersambung dan dikawal oleh otak-otak lembab dan bodoh. Bala yang menimpa kita ini berpunca dari tangan-tangan si bodoh!"Benih machai tidak patut dibiarkan membiak!"

文章來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~