Anak Muda Makin Ramai Sertai UMNO sebab pengaruh Dato' Sri Najib
Kuala Lumpur - Pada sidang media terbabit, Datuk AB Rauf Yusoh (Setiausaha Kerja UMNO) menyatakan jumlah pendaftaran anak muda adalah tertinggi dalam bulan April 2017 dimana penyertaan golongan-golongan muda ini meningkat sebanyak 3000 orang seminggu.
Belia berkata, " Yang tertinggi dalam bulan ini, jumlah pendaftaran tertinggi dalam satu minggu tu ada 3000 orang, saya pun tengah membuat kajian kenapa begitu ramai?" Beliau berkata lagi selepas disoal oleh media, " Rasanya mereka ingin bersama dengan perjuangan yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib Tun Razak".
"Kesedaran mula timbul di kalangan anak muda untuk bersama dengan parti". Beliau menyatakan golongan muda yang berkenaan terdiri daripada golongan belia berumur bawah 30 tahun. Walaupun begitu, pendaftaran golongan muda untuk keahlian UMNO bukanlah setiap minggu mencecah 3000 orang, hanya pada kadar maksimum yang pernah dicapai setakat ini.
Beliau menambah lagi, dua minggu lepas telah mencapai pendaftaran golongan muda untuk keahlian UMNO pada kadar tertinggi berbanding pada hari-hari biasa iaitu seramai 100-200 orang sahaja.
Sila lihat Video di bawah untuk maklumat lanjut: