Guru Tidak Wajar Buat Kerja 2 Kali

Guru Tidak Wajar Buat Kerja 2 Kali

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akur dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung tanggungjawab guru me­­ngisi maklumat murid serta akademik dalam aplikasi ditetapkan.

 Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, berkata NUTP bimbang jika JPN dan PPD berpegang kepada keputusan sendiri dalam soal me­­ngisi data murid serta prestasi akademik mereka seperti sebelum ini. Beliau berkata, NUTP berharap JPN dan PPD dapat merujuk arahan Menteri Pendidikan atau KPM sebelum mewujudkan aplikasi atau arahan baharu kepada guru.  “Sebelum ini ada JPN dan PPD membuat arahan sendiri atau mewujudkan aplikasi menyimpan data murid serta persekolahan tanpa merujuk kepada kementerian hingga membebankan guru. “Jangan ‘syok sendiri’ mencipta aplikasi baharu. Walaupun niat mereka baik, selagi tiada keputusan, rujuk dahulu kementerian. Kalau tidak guru akan buat kerja dua kali,” katanya kepada BH, semalam. Beliau mengulas ketetapan KPM yang menetapkan aplikasi diuruskan oleh guru kelas dan guru akademik biasa adalah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS-Offline). Kurangkan beban guru Aplikasi membabitkan operasi sekolah seperti Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pendaftaran Dalam Talian, akan dilaksanakan guru dilantik sahaja seperti guru data. Sehubungan itu, Kamarozaman berkata, pihak NUTP menyambut baik keputusan baharu yang diyakini dapat mengurangkan beban guru.  Kelmarin, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aplikasi operasi sekolah lain termasuk Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) akan dilaksanakan guru dilantik seperti Guru Data dan Setiausaha Peperiksaan. Pengumum itu sebagai lang­kah mengurangkan beban guru, menerusi pembahagian tugas yang perlu dijalankan mereka, di samping memenuhi tanggungjawab hakiki. Mahdzir dipetik sebagai berkata, inisiatif itu dilaksanakan dalam usaha pihaknya mengurangkan beban tugas guru, supaya masing-masing dapat memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP). ~ BERITA HARIAN PENDIDIKAN

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~