Polis Dirasuah RM200 oleh pasangan kekasih (kantoi main dlm kreta)
KUALA LUMPUR,
sepasang kekasih berbangsa cina telah ditangkap oleh dua orang pegawai polis yang sedang membuat rondaan ketika mereka sedang melakukan hubungan seks di salah sebuah taman awam.
pegawai polis berkenaan dipercayai telah meminta suapan sebanyak RM200 untuk menyelesaikan perkara terbabit. Jika tidak, mereka akan dibawa ke balai polis berhampiran dan dihadapkan ke mahkhamah dengan segera.
Wanita berkenaan telah berjaya rakam gambar pegawai yang terbabit dan telah menbuat laporan di pejabat polis yang berdekatan. Pegawai polis berkenaan telah ditangkap
sementara itu
KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat konstabel hari ini didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM200, dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini Habibah Mohamed Yusof juga memerintahkan Mohd Izaimie Ismail, 31, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.
Mohd Izaimie mengaku bersalah menerima wang tunai itu daripada pemandu lori Rustam Wahib pada jam 2.25 petang, 11 Jun 2014 di gerai makan Warong Zakiah, Jaya Gading di sini.
Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Fakta kes menyatakan tertuduh melakukan kesalahan itu semasa bertugas di unit kereta peronda, dan tertuduh bersama rakan sekerjanya Lans Koperal Rosli Mat Kaha, 47, telah menahan lori dipandu Rustam.
Rosli dikatakan telah meminta Rustam untuk membayar RM200 sebagai balasan untuk tidak dikenakan tindakan atas kesalahan membawa muatan barang-barang tidak ditutup dengan kanvas yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rosli yang kini turut dibicarakan atas tuduhan rasuah didakwa 4025 telah mengambil kad pengenalan dan lesen memandu Rustam dan hanya akan dipulangkan selepas wang berkenaan dibayar.
Mohd Izaimie ditangkap semasa diarahkan Rosli untuk datang berjumpa Rustam di kedai makan berkenaan bagi mengambil wang itu dan memulangkan semula dokumen milik Rustam.
Peguam Ridha Abdah Supi yang mewakili tertuduh merayu supaya mahkamah memberikan denda yang ringan kerana anak guamnya mengaku bersalah sebaik sahaja ditawarkan pertuduhan pilihan.
"Tertuduh telah berusaha mengumpulkan wang sebanyak RM5,000 dengan gaji sebanyak RM1,900 yang digunakan untuk menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan empat anak berusia antara tujuh bulan hingga tujuh tahun.
"Tertuduh memohon maaf kepada semua dan sebagai manusia, tertuduh tergelincir dan melakukan kesalahan ini. Namun dia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menjadi saksi dalam kes Rosli," katanya.
Ridha Abdah juga mengemukakan surat rujukan yang dikeluarkan ketua jabatan Mohd Izaimie yang menyatakan tertuduh seorang anggota polis yang komited, mempamerkan mutu kerja yang baik dan menghormati anggota atasan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syafinas Shabudin pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat, meskipun mengakui peranan tertuduh dalam kes itu tidak aktif.
Tertuduh yang hadir ke mahkamah bersama keluarganya membayar denda itu. - Bernama