Kelana Jaya~不一樣的「Pub」被掃上車咯!!!
雪州 八達靈 格拉納再也
Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
“Pub”也被掃,你都別說警察不夠勤力咯!!!
這間酒吧多次被檢舉,老板還是照樣開門做生意,你都別說這老板沒料咯!!!
16名印尼妹和暹妹被捉上車!!!
48名男顧客全部被警察檢查後放人!!!
這就酒吧持有營業執照,就是沒有外籍女郎招呼客人的執照!!!
OPS Pusat Hiburan IPK Selangor
[ JENAYAH MINGGU INI ]
Operasi demi operasi di jalankan pihak polis bagi mengekang kehadiran warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan atau permit yang di berikan di negara ini.
Malam tadi sebuah pub di kelana jaya di serbu kerana beroperasi dengan menggunakan pelayan wanita warga asing sebagai gro.
Premis terbabit pernah di serbu sebelum ini atas kesalahan sama.
Namun di dapati masih menggunakan khidmat gro warga asing bagi menarik pelanggan ke premis terbabit.
Operasi di jalankan kira kira jam 930 malam oleh sepasukan polis dari bahagian maksiat perjudian dan kongsi gelap d7 ipk selangor, dan di ketuai pegawai turusnya dsp mohd khaizam ahmad shahabudin.
Ketika serbuan rata rata gro terbabit sedang leka melayan pelanggan.
Sebaik menyedari kehadiran polis, mereka bertempiaran lari.
Ada juga yang cuba bersembunyi di sebalik langsir. Namun usaha mereka gagal.
Kepantasan pihak polis berjaya menahan kesemua gro terbabit.
Hasil serbuan ini seramai 16 gro Warga indonesia dan thailand di tahan. 2 lelaki bangladesh serta 2 penjaga premis warga tempatan turut di tahan.
Pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial. 48 pelanggan turut di periksa dan di lepaskan selepas proses dokumentasi.
Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan, namun di kesan menggaji gro warga asing di premis terbabit.
Kesemua mereka yang di tahan berusia antara 20 hingga 40an di bawa ke ipd petaling jaya untuk tindakan lanjut.